Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)
Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup June 22, 2026
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Selangor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan perkhidmatan Kontrak (Contract of Service) sepertimana berikut.1. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
Tarikh tutup permohonan 22 Jun 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : MSN Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan)
Gred : W1
Jadual Gaji (Min - Maks) : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Elaun
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM 150.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM 300.00
Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) - RM 350.00
Bayaran Insentif Tugas Kewangan - RM 40.00
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,500.00); atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,561.00); atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,561.00); atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,622.00); atau
v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,622.00).
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab Menjalankan Tugas-Tugas Pengurusan KewanganvSepenuh Masa Di Peringkat Kumpulan Sokongan Berhubung Urusan-Urusan Kawalan Belanjawan, Kewangan Am, Terimaan, Perolehan Kerajaan, Bayaran Emolumen, Pembayaran, Akaun, Pelaburan DanvPinjaman.
(a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan (c) di bawah:
(c) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil akademik dan persekolahan serta lain-lain dokumen yang berkaitan.
(d) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.
(e) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.
(f) Permohonan yang berikut akan ditolak/tidak akan diproses jika:
i- tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
ii- tidak lengkap atau tidak terang
iii- tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
iv- tidak besertakan gambar dan
v- tidak ditandatangani
(g) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
(h) Permohonan daripada kakitangan awam yang sedang berkhidmat hendaklah mendapat sokongan dan pengesahan Ketua Jabatan.
Pengarah Eksekutif
Majlis Sukan Negeri Selangor
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Sebelum atau pada 22 Jun 2026 (Isnin) jam 4.00 petang.
(j) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
(k). Pemohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:
i- Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
ii- Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)
(l) Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi pihak Urus setia melalui telefon atau melalui email berikut:
urusetia : 03-5870 0400
email : admin@msnselangor.gov.my
Pautan
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini