Soalan Lazim
Berikut adalah jenis-jenis soalan lazim yang kerap atau kebiasaan ditanya oleh pencari kerja di laman Jawatan Kosong.
Bagaimana memohon jawatan kosong disini?
Permohonan jawatan kosong yang kami iklankan disini adalah melalui pautan (link) yang kami masukkan disetiap artikel (sila pastikan anda membaca setiap arahan yang diberikan di setiap artikel jawatan kosong yang kami iklankan).
Bilakah tarikh tutup permohonan jawatan yang diklankan?
Kebiasaannya secara keseluruhannya kami akan memasukkan data-data seperti tarikh tutup, lokasi penempatan dan cara memohon disetiap postingan kami.
Apakah maksud dokumen Softcopy dan Hardcopy?
Softcopy atau salinan lembut adalah fail atau dokumen yang sebelumnya dibuat dari komputer dan disimpan di media penyimpanan, Ia adalah versi elektronik dokumen, yang boleh dibuka dan diedit menggunakan program perisian dan Hardcopy atau salinan keras adalah dokumen yang telah dicetak / print. Ia adalah kekal dan tidak boleh diedit.
Dimanakah letaknya pautan muat turun untuk borang permohonan?
Pada kebiasaannya kami akan meletakkan pautan muat turun dibawah artikel, sila baca dengan teliti.
Kenapa pautan yang diberikan tidak dapat dibuka/ error?
Ini berkemungkinan pautan yang kami berikan ke website pihak ketiga atau pihak jabatan yang membuka peluang pekerjaan berikut, tarikh permohonannya telahpun tamat atau juga berkemungkinan jumlah pengunjung yang memohon telalu tinggi dan menyebabkan serverdown. Bagi masalah ini anda boleh tinggalkan komen pada ruangan komen yang ada pada artikel pos jawatan berkenaan dan admin akan cuba semak dan membalas pertanyaan anda secepat mungkin.
Bagaimana cara untuk saya iklankan jawatan kosong disini?
Buat masa ini kami belum bercadang untuk membuka ruang kepada mana-mana syarikat atau kompeni yang ingin mengiklankan jawatan kosong disini, namun akan kami pertimbangkan.