All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia)

Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J9

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak (Interim) / Tetap
  • Gaji RM2,250 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 07, 2026
  • Lokasi penempatan Pelbagai Negeri

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J9

Tarikh tutup permohonan 7 Oktober 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J9
Kekosongan : 4 Simpanan : 10
Taraf Jawatan : Kontrak (Interim) / Tetap
Jadual Gaji : RM2,250.00 - RM11,110.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Geografi, Ekonomi, Sains Sosial, Antropologi atau Perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,910.00); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM3,130.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 7 Oktober 2026 (Rabu), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini