Jawatan Kosong Pejabat SUHAKAM Sabah
Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan)
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 26, 2026
- Lokasi penempatan Sabah
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap di Pejabat SUHAKAM Sabah sebagaimana berikut.1. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan)
Bahgian Pengurusan dan Kewangan
Tarikh tutup permohonan 26 September 2026 (Sabtu).
Lokasi penempatan : Pejabat SUHAKAM Sabah
Sektor : Berkanun
Kumpulan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : Satu (1)
Jadual Gaji (Min-Maks) : RM1,500.00 - RM4,680.00
Elaun Tambahan : RM875.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00);
(b) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan.
(c) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(d) Mahir bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
(e) Mampu bekerja dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tugas dan Tanggungjawab
Pembantu Khidmat Am bertanggungjawab bagi urusan pemanduan dan penyelengaraan kenderaan mengikut keperluan Suruhanjaya.
Pembantu Khidmat Am juga bertanggungjawab melaksanakan skop tugas berkenaan pengurusan dokumen dan memberi sokongan operasi serta memastikan pengurusan pejabat agar berjalan dengan lancar.
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti berikut:
i. Surat rasmi permohonan/iringan;
ii. Resume yang lengkap mengandungi butiran seperti maklumat peribadi, kelayakan dan pengalaman;
iii. Sijil dan/atau transkrip akademik (salinan yang disahkan);
iv. Kad pengenalan (salinan yang disahkan);
v. Gambar berukuran pasport (tidak akan dikembalikan); dan
vi. Satu (1) surat rujukan daripada majikan semasa (jika ada).
Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan sebelum atau pada 26 September 2026 pada atau sebelum jam 4.00 petang kepada:
Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Aras 17, Menara Aras Raya,
11, Jalan Raja Laut, 50100 Kuala Lumpur.
(Untuk Perhatian: Bahagian Sumber Manusia)
atau boleh juga di e-melkan kepada: jawatankosong@suhakam.org.my
Hanya calon yang berjaya disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urusetia di talian 03-2612 5600/5607/5712.