Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB1
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak (Interim)
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup August 12, 2026
- Lokasi penempatan Seluruh Malaysia
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagaimana berikut.| Bil. | Jawatan dan Gred | Kekosongan | Simpanan | Penempatan |
|---|---|---|---|---|
| 1. | Pegawai Bomba Gred KB1 | 350 | 1,050 | Semenanjung |
| 2. | 75 | 225 | Sabah | |
| 3. | 75 | 225 | Sarawak |
Tarikh tutup permohonan 12 Ogos 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Badan Berkanun
Kelayakan : SPM/ SVM/ SPM & SKM
Jadual Gaji (Min- Maks) : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB1: RM1,500.00); atau
(iii) bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan 1(b) dan 1(c ).
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB1: RM1,500.00); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB1: RM1,561.00); atau
(v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB1: RM1,622.00).
dan
b. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
c. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(ii), 1(a)(iv) dan 1(a)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 12 Ogos 2026 (Rabu), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini