Jawatan Kosong JPNIN Sabah 2026
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak (Interim)
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup August 13, 2026
- Lokasi penempatan Sabah
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah sebagaimana berikut.1. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S1
Tarikh tutup permohonan 13 Ogos 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : JPNIN Sabah
Sektor : Badan Berkanun
Jadual Gaji (Min - Maks) : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kadar kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,500.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,561.00); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,622.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 13 Ogos 2026 (Khamis), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini