All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong FAMA Negeri Perak Ogos 2026

Penolong Pegawai Tadbir Gred N5

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 26, 2026
  • Lokasi penempatan Perak

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perak sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5

Tarikh tutup permohonan 26 Ogos 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : FAMA Perak
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji (Min - Maks) : RM1,650.00 – RM6,620.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan secara online melalui laman ePerjawatan FAMA, sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil secara hard copy tetapi WAJIB memuat naik sijil-sijil tersebut di dalam sistem semasa permohonan dibuat. Sekiranya sijil-sijil tidak dimuat naik maka permohonan akan DITOLAK.

3. Permohonan bagi Gred 9 dan Gred 5 WAJIB memuat naik surat Pengiktirafan Akreditasi bidang Pengajian dari sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (MQA). Pemohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

4. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

5. Tarikh tutup iklan jawatan pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini