Jawatan Kosong Terkini FAMA Tahun 2026
Pengurus Gred P2
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM2,210 - RM8,150
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup August 20, 2026
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur 21 tahun hingga 54 tahun serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagaimana berikut.1. Pengurus Gred P2
Tarikh tutup permohonan 20 Ogos 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
Kekosongan : Dua (2)
Gaji (Min - Maks) : RM2,210.00 - RM8,150.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM170.00
Elaun Tanggungjawab : RM200.00 sebulan
Syarat Lantikan
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i) Warganegara Malaysia;
ii) Memiliki Ijazah Sarjana/Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya;
iii) Berumur di antara 21 hingga 54 tahun;
iv) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan, khususnya dalam pentadbiran, pengurusan projek atau pengurusan urusan sekretariat;
v) Mempunyai kemahiran dalam MS Ofice (MS Word, MS Excel dan MS Power Point);
vi) Mempunyai minat serta kemahiran dalam penyediaan kertas taklimat, laporan, penyelarasan program rasmi dan pengurusan projek;
vii) Berinisiatif, komited, berdikari, berdisplin, fleksibel, kemahiran komunikasi yang baik, mampu bekerja secara berpasukan dan bersedia belajar perkara baharu;
viii) Sihat tubuh badan;
ix) Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dari perkhidmatan awam.
Bidang Tugas
i) Mengurus pelaksanaan mesyuarat dan pentadbiran pejabat bagi memastikan proses membuat keputusan dilaksanakan secara cepat dan tepat, serta memantau pelaksanaan tindakan susulan selaras dengan keputusan yang telah ditetapkan.
ii) Merancang dan mengurus penyediaan kertas taklimat, nota program, minit mesyuarat serta teks ucapan bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, komprehensif dan berkesan.
iii) Merancang dan mengurus jadual harian, mingguan serta bulanan pejabat bagi memastikan penggunaan masa yang optimum, keutamaan program yang tersusun dan penyampaian perkhidmatan yang cekap.
iv) Menyelaras pelaksanaan projek khas secara sistematik bagi memastikan pencapaian KPI, memaksimumkan impak kepada organisasi dan menyokong pembuatan keputusan yang tepat serta berteraskan data.
v) Merancang, menyelaras dan mengurus protokol, majlis rasmi serta sesi libat urus bagi memastikan kelancaran program, pematuhan kepada tatacara protokol dan pengukuhan hubungan strategik dengan pihak berkepentingan.
vi) Melaksanakan arahan atasan dari semasa ke semasa.
(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang FAMA 1-08p. Sila kepautan yang diberikan di bawah.
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Lesen Memandu, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3/Diploma, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.
(e) Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Pengarah Kanan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 batu Caves
Selangor
Sebelum atau pada: 20 OGOS 2026 (KHAMIS)
Catatan Am
Pemohon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Pautan
Muat turun iklan, syarat lantikan dan borang permohonan jawatan disini