All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Pembantu Khidmat Am Gred H1 (AM) – Sabah

Pelbagai Kementerian / Jabatan Kerajaan (Sabah)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak (Interim) / Tetap
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 09, 2026
  • Lokasi penempatan Sabah

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Pelbagai Kementerian / Jabatan Kerajaan atau Badan Berkanun di Negeri Sabah 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak (Interim) / Tetap di Pelbagai Kementerian / Jabatan Kerajaan di Negeri Sabah sebagaimana berikut.

1. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (AM)
Kekosongan : 63 Simpanan : 350

Tarikh tutup permohonan 9 Jun 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : Negeri Sabah.
Sektor : Kerajaan / Badan Berkanun

Jawatan : Pembantu Khidmat Am Gred H1 (AM)
Kelayakan : SPM/ SVM/ SPM & SKM
Jadual Gaji (Min - Maks) : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 9 Jun 2026 (Selasa), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini