All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Jururawat Gred U5 (1,348 Kekosongan)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak (Interim) / Tetap
  • Gaji RM1,974 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 23, 2026
  • Lokasi penempatan Pelbagai Negeri

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarkh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana berikut.

1. Jururawat Gred U5
Kekosongan : 1,348 Simpanan : 892

Tarikh tutup permohonan 23 Jun 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Pulau Pinang.
Sektor : Kerajaan

Jawatan : Jururawat Gred U5
Jadual Gaji (Min- Maks) : RM1,650.00 - RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Diploma Kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 23 Jun 2026 (Selasa), jam 11.59 malam.

Pautan

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini