Jawatan Kosong Kolej Keris Mas, UKM 2026
Kolej Keris Mas, UKM

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 18, 2026
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Kolej Keris Mas, UKM sebagaimana berikut.1. Pembantu Khidmat Am Gred H1
Tarikh tutup permohonan 18 Januari 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : UKM, Bangi Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM 1,500.00); atau
d) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM 1,500.00); atau
e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM 1,561.00); atau
f) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM 1,622.00)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pembaikan elektrik, dan perkeranian di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online dengan mengisi Borang Permohonan google form dipautan DISINI
Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Januari 2026 (Ahad).
Perhatian
Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Post a Comment