Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang (MPK) 2025
Majlis Perbandaran Kluang (MPK)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak / Kontrak (Interim)
- Gaji RM1,500 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 26, 2025
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kluang (MPK) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak / Kontrak (Interim) di Majlis Perbandaran Kluang (MPK) sebagaimana berikut.1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9
2. Penolong Jurutera JA5
3. Penolong Pegawai Senibina JA5
4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
5. Penolong Pegawai Penilaian W5
6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5
7. Pelukis Pelan (Kejuruteran Awam) JA1
8. Pembantu Kemahiran H1
9. Pembantu Kesihatan Awam U1
10. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N1
11. Pembantu Khidmat Am H1
12. Pembantu Penguatkuasa KP1
Tarikh tutup permohonan 26 Oktober 2025 (Ahad).
Lokasi penempatan : MPK Johor.
Sektor : Badan Berkanun
a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang Rasmi Majlis Perbandaran Kluang (MPK), sila kepautan yang diberikan di bawah.
b) Permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport terkini dan salinan sah bagi dokumen-dokumen berikut:
i. Sijil kelahiran
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Berhenti Sekolah
iv. Sijil Keputusan Peperiksaan Darjah Khas
v. Sijil-sijil Keputusan Peperiksaan Persekolahan
vi. Sijil-sijil Peringkat Pengajian Tinggi
Semua salinan dokumen tersebut hendaklah DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop nama, jawatan dan jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini;
b) Permohonan bagi Gred 5 dan ke atas hendaklah disertakan dengan ‘video resume’ sebagaimana berikut:
i. Berdurasi tidak lebih 3 minit
ii. Menggunakan suara pemohon sebenar
iii. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:
● Ringkasan Latarbelakang keluarga pemohon
● Ringkasan Latarbelakang Pendidikan pemohon
● Ringkasan pengalaman kerja pemohon
● Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon
● Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohonan
● Ringkasan dan hobi kegaitan luar pemohon
● Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’
● Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon
● Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon
● Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon
iv. Pemohon digalakkan menghasilkan video resume yang unik dan kreatif dan hendaklah dihantar melalui email kepada urus setia di alamat : hrmpkluang@gmail.com
v. Sila pastikan setiap video yang dihantar mempunyai nama pemohon/ No. K/P dan jawatan dipohon (rename).
d) Hanya calon-calon yang ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap sebagai TIDAK BERJAYA.
Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2025 (Ahad).
Pautan
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment