All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

Pembantu Khidmat Am Gred H1

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 20, 2026
  • Lokasi penempatan Pelbagai Negeri

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan TETAP di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Jawatan Penempatan
1. Pembantu Khidmat Am Gred H1
(Pemandu Kenderaan / Jentera)
Tetap Wilayah Persekutuan, Melaka dan Kelantan
**Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table di atas untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.

Tarikh tutup permohonan 20 September 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pembantu Khidmat Am Gred H1
(Pemandu Kenderaan / Jentera)
Taraf Jawatan : Tetap
Penempatan : Wilayah Persekutuan, Melaka dan Kelantan.

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); dan
(iv) Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas atau mana-mana gabungan tugas seperti di perenggan 1(b).

Syarat Lantikan Bagi Keperluan Khas (Pemanduan/Pengendalian Jentera Mekanisasi)

(b) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan.

(c) Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen memandu kelas E/E1/E2 (GDL & PSV), F, G, H dan I serta boleh mengendalikan traktor, jengkaut dan lori.

(d) Calon temuduga akan menjalani ujian pemanduan bas/lori 24 tan atau pengendalian jentera mekanisasi (traktor/jengkaut).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pelbagai tugas am di pejabat, termasuk memandu kenderaan, menguruskan hal ehwal pejabat, dan membantu dalam penyelenggaraan bangunan dan peralatan. Mereka juga terlibat dalam tugas sokongan teknikal dan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman rasmi Jobs Online LKTN, sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon tidak perlu menghantar sebarang surat menyurat dan salinan sijil-sijil sehingga dihubungi oleh pihak urusetia.

3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) tahun dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

4. Permohonan boleh dibuat bermula 6 September 2026 (Ahad) dan ditutup pada 20 September 2026 (Ahad).

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini