All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Pusat Perumahan Pelajar, UKM

Pusat Perumahan Pelajar, UKM

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,650 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup December 01, 2025
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Pusat Perumahan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Pusat Perumahan Pelajar, UKM sebagaimana berikut.

**Perhatian..!! Sila klik pada pautan permohonan untuk memohon, sila scroll / swipe ke kiri table dibawah untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.
Bil. Jawatan dan Gred Permohonan Jawatan
1. Pegawai Tadbir Gred N9 Mohon disini
2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 Mohon disini

Tarikh tutup permohonan 01 Disember 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : UKM Bangi, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N9
Taraf Jawatan : Kontrak
Penempatan : Pusat Perumahan Pelajar, UKM

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 

a) Warganegara Malaysia; 
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
c) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N9 : RM 2,250.00)
e) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N9 : RM 2,470.00);

Deskripsi Tugas

1) Merancang dan menyelaras urusan penempatan pelajar baharu dan sedia ada di kolej kediaman.
2) Merancang, mengurus, dan menyelaras penempatan penginapan dan kemudahan bagi organisasi luar yang menginap di kolej kediaman.
3) Merancang pengurusan data berkaitan penempatan pelajar bagi memastikan rekod sentiasa dikemaskini.
4) Melaksanakan dan memantau pengurusan kualiti di Pusat Perumahan Pelajar dan kolej kediaman.
5) Memastikan setiap aduan dan maklum balas pelanggan diambil tindakan segera.
6) Berkerjasama dengan kolej kediaman bagi menyelaras pelaksanaan dasar, prosedur, dan inisiatif berkaitan pengurusan penginapan pelajar.

Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
Taraf Jawatan : Kontrak
Penempatan : Pusat Perumahan Pelajar, UKM

Syarat Lantikan

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5 : RM 1,650.00);
e) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5 : RM 1,650.00);
f) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5 : RM 1,650.00);
g) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5 : RM 1,893.00);

Deskripsi Tugas

1) Membantu menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.
2) Membantu merancang urusan penempatan pelajar dan pihak luar bagi membolehkan organisasi menjalankan fungsi ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
3) Membantu merancang perolehan dan pengurusan kewangan di Pusat Perumahan Pelajar dan kolej kediaman.
4) Membantu merancang pengurusan pentadbiran dan pengurusan kualiti di Pusat Perumahan Pelajar dan kolej kediaman.
5) Membantu mengurus penyediaan logistik aktiviti pelajar dan penasihat kepada aktiviti di kolej kediaman.

Cara Memohon

1) Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan mengisi borang permohonan google form secara online yang disediakan oleh pihak UKM, sila klik pada pautan permohonan diatas.
2) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. 
3) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 Disember 2025 (Isnin).

Post a Comment