All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Pengambilan Latihan Separa Perubatan Sesi 2027

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jobs Overview

  • Taraf Latihan Separa Perubatan
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup November 11, 2026
  • Lokasi penempatan Seluruh Malaysia

Jobs Detail

Pengambilan terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil Sesi April Tahun 2027 sebagaimana berikut.

Bil. Jenis Latihan Kekosongan Simpanan
Bertaraf Diploma
1. Jururawat** 1,500 1,390
2. Penolong Pegawai Perubatan*** 500 525
3. Penolong Pegawai Farmasi 100 100
4. Juru X-Ray (Pengimejan Perubatan)
Dahulunya dikenali sebagai Juru X-Ray (Diagnostik)
100 50
5. Juruteknologi Makmal Perubatan 130 75
6. Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) 70 200
7. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) 70 200
Bertaraf Sijil
8. Pembantu Pembedahan Pergigian 120 120
Jumlah Keseluruhan 2,590 2,660
**Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table di atas untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.

*Tempoh sah calon simpanan adalah untuk tempoh dua (2) bulan daripada tarikh lapor diri calon ke ILKKM.

**Calon yang telah memiliki Diploma Kejururawatan atau Diploma Sains Kejururawatan dari IPTA/IPTS serta berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia tidak layak memohon dan mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma Jururawat di ILKKM kerana telah didaftarkan sebagai Jururawat Berdaftar di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985 (Peraturan 27).

***Calon yang telah memiliki Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan dari IPTA/IPTS serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia tidak layak memohon dan mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma Penolong Pegawai Perubatan di ILKKM kerana telah didaftarkan sebagai Pembantu Perubatan Malaysia di bawah Peraturan 13, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 [Akta 180].

Tarikh tutup permohonan 11 November 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila kepautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi latihan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 11 November 2026 (Rabu), jam 11.59 malam.

Pautan

Syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini