Jawatan Kosong Pembantu Khidmat Am (Pemanduan) Gred H1
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup August 20, 2025
- Lokasi penempatan Sarawak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia khususnya warga negeri Sarawak berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian / Jabatan Negeri Sarawak sebagaimana berikut.1. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan)
Kekosongan : 42 Simpanan : 68
Tarikh tutup permohonan 20 Ogos 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : Sarawak
Sektor : Kerajaan / Badan Berkanun
1. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji tahunan : RM100.00
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).
dan
(v) Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas atau mana-mana gabungan tugas seperti di perenggan 1(b)).
i. Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan; atau
ii. Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; atau
iii. Bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia;
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 20 Ogos 2025 (Rabu), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini
Post a Comment