Jawatan Kosong Pembantu Khidmat Am Gred H1 2025
Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am)
Pelbagai Kementerian / Jabatan Negeri Sarawak

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 17, 2025
- Lokasi penempatan Sarawak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Pelbagai Kementerian / Jabatan Negeri Sarawak 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak di Pelbagai Kementerian / Jabatan Negeri Sarawak sebagaimana berikut.1. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am)
Kekosongan : 95 Simpanan : 300
Tarikh tutup permohonan 17 September 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : Sarawak
Sektor : Kerajaan / Badan Berkanun
Jawatan : Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am)
Taraf : Tetap / Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tugasan
Melibatkan tugas am untuk kelancaran operasi pejabat yang akan ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan berkaitan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 17 September 2025 (Rabu), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan dan kemaskini permohonan secara online di SPA9 disini
Post a Comment