All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia (LKM) 2026

Lembaga Koko Malaysia (LKM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,500 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 12, 2026
  • Lokasi penempatan Pelbagai Negeri

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Koko Malaysia (LKM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Lembaga Koko Malaysia (LKM) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Ehwal Ekonomi E9
- Ibu Pejabat, Kota Kinabalu, Sabah
2. Akauntan WA9
- Ibu Pejabat, Kota Kinabalu, Sabah
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5
- Ibu Pejabat, Kota Kinabalu, Sabah
4. Pembantu Ehwal Ekonomi E1
- PPPK Kota Samarahan, Sarawak
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1
- Ibu Pejabat, Kota Kinabalu, Sabah / PPPK Tawau, Sabah
6. Pembantu Penyelidik Q1
- PPPK Bagan Datuk, Perak
7. Pembantu Khidmat Am H1
- PPPK Tawau, Sabah / Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Nilai, Negeri Sembilan

Tarikh tutup permohonan 12 Jun 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada jam 5:00 Petang, Jumaat, 12 Jun 2026 ke Ibu pejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 7, WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.


3. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Muat turun Borang Permohonan Jawatan disini