Jawatan Kosong Jururawat Gred U9
Jururawat Gred U9
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM2,580 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup Juni 25, 2025
- Lokasi penempatan Seluruh Malaysia
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana berikut.1. Jururawat Gred U9
Kekosongan : 33 Simpanan : 93
Tarikh tutup permohonan 25 Jun 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
1. Jururawat Gred U9
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Gaji Min - Maks : RM2,580.00 - RM11,110.00
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U9: RM2,580.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 25 Jun 2025 (Rabu), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini
Post a Comment