Jawatan Kosong Institut Kemajuan Desa (INFRA) 2025
Pen. Peg. Pembangunan Masyarakat Gred S5
Institut Kemajuan Desa (INFRA)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,650 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup June 11, 2025
- Lokasi penempatan Pelbagai Negeri
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Institut Kemajuan Desa (INFRA) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Institut Kemajuan Desa (INFRA) sebagaimana berikut.1. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5
Tarikh tutup permohonan 11 Jun 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5
Kumpulan : Pelaksana
Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00
Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 11 Jun 2025 (Rabu), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini
Post a Comment