Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM2,100 - RM5,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 14, 2025
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagaimana berikut.1. Pembantu Khas Kesetiausahaan
Tarikh tutup permohonan 14 Oktober 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : SPAN Cyberjaya, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
Syarat Kelayakan
(i) Diploma dalam bidang Pentadbiran, Kesetiausahaan, Pengurusan Pejabat atau bidang berkaitan.
(ii) Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman sebagai Setiausaha/Pembantu Khas sekurang-kurangnya 2 tahun.
(iii) Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (bertulis dan lisan).
(iv) Mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) dan sistem pengurusan dokumen.
(v) Mempunyai kemahiran organisasi, teliti serta boleh bekerja secara berdikari.
(vi) Berdisiplin, beretika serta mampu mengendalikan maklumat sulit dengan penuh integriti.
Tugasan
- Menguruskan surat-menyurat rasmi, pemfailan dan rekod dokumen dengan teratur.
- Menyediakan draf surat, memo, laporan ringkas dan minit mesyuarat.
- Menyusun jadual kerja/temu janji pegawai atasan serta menguruskan mesyuarat dan acara rasmi.
- Menjadi penghubung antara pegawai atasan, warga kerja SPAN dan pihak luar termasuk menguruskan panggilan, emel dan pelawat.
- Membantu urusan pentadbiran bahagian termasuk penyediaan laporan, pengurusan sistem dalaman dan perolehan kecil.
- Menyokong pelaksanaan program, bengkel, seminar atau aktiviti rasmi anjuran SPAN.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
(i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
(ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat serta berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan, hendaklah membuat permohonan di laman portal kerjaya Jobstreet Malaysia secara 'online', sila klik pada pautan link yang di berikan dibawah. Pemohon hendaklah mendaftar sebelum membuat sebarang permohonan di Jobstreet Malaysia.
Tarikh akhir permohonan adalah pada 14 Oktober 2025 (Selasa).
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini
Post a Comment