Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup June 12, 2026
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sebagaimana berikut.1. Pegawai Tadbir N9
2. Pegawai Teknologi Maklumat F9
3. Akauntan WA9
4. Arkitek J9
5. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9
6. Jurutera J9
7. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA5
8. Penolong Pegawai Seni Bina JA5
9. Penolong Pegawai Tadbir N5
10. Pembantu Penguatkuasa KP1
Tarikh tutup permohonan 12 Jun 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MPKu Johor.
Sektor : Badan Berkanun
a) Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
b) Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.
c) Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar ( Pengetua)).
d) Bagi kelayakan Sijil/ Diploma/ Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web http://www2.mqa.gov.my/esisraf dan dihantar bersama borang permohonan.
e) Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen - dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.
f) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab 'A' Bil.18 dibawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Tahun 2012 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi, Surat Kebenaran Permohonan dari Ketua Jabatan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULAI
JALAN PEJABAT KERAJAAN 81000 KULAI, JOHOR
U.P.: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
sebelum jam 5.00 petang pada 12 JUN 2026 dengan mencatat nama dan jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat.
Hanya calon - calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini