Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
Penolong Eksekutif (Pentadbiran) NE8
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)

Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM2,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 20, 2026
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sebagaimana berikut.1. Penolong Eksekutif (Pentadbiran) NE8
Fungsi Kesetiausahaan
Tarikh tutup permohonan 20 September 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : Cyberjaya, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
• Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan membantu Ketua Pegawai / Pengarah.
• Menyedia dan merekod surat menyuarat / fail masuk dan keluar.
• Mengumpul, menyelaras, dan mengemukakan maklumbalas kepada urusetia.
• Mengendalikan segala panggilan telefon yang diterima setiap hari, menyaring panggilan telefon pelanggan, menangani segala pertanyaan dan pesanan dengan baik.
• Mengurus permohonan ID dan Internet Cawangan dan membantu Ketua Pegawai / Pengarah dalam urusan prestasi pegawai di Sektor / Jabatan / Negeri / Cawangan Khas.
• Memberikan khidmat sokongan dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh LHDNM.
• Membantu menguruskan urusan pentadbiran di Sektor / Jabatan / Negeri / Cawangan Khas.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Sila ikuti panduan permohonan di MYFutureJobs di bawah.
Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 20 September 2026 (Ahad).
Cara Membuat Permohonan di MYFutureJobs
-
Sila ke laman MYFutureJobs
-
Kemudian sila ke Menu Bar dan klik Find Jobs / Cari Pekerjaan
-
Pada ruangan carian sila masukkan katakunci Lembaga Hasil Dalam Negeri dan tekan button Search
-
Klik pada jawatan yang ingin dimohon.
-
Tekan button Apply dan sila login atau daftar baru (bagi pemohon yang belum mendaftar) untuk membuat permohonan jawatan.