All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Zakat Melaka

Zakat Melaka

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM3,104 - RM9,869
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup January 10, 2025
  • Lokasi penempatan Melaka

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Zakat Melaka 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Zakat Melaka sebagaimana berikut.

1. Penolong Pengarah Kewangan (Akauntan) Gred WA41

Tarikh tutup permohonan 10 Januari 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Zakat Melaka
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Penolong Pengarah Kewangan (Akauntan) Gred WA41
Taraf Lantikan : Kontrak
Gaji Min - Maks : RM3,104.00 - RM9,869.00

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Mempunyai syarat kelayakan seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ii) Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
iii) Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA);
iv) Mempunyai Sijil Perakaunan Profesional (CIMA, ACCA) yang dikitiraf oleh Kerajaan.

4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5. Berpengalaman dalam bidang perakaunan sekurang-kurangnya 3 tahun.

6. Mempunyai pemahaman yang mendalam dalam kewangan dan perakaunan.

7. Mempunyai kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan perakaunan yang ditetapkan.

8. Kepekaan terhadap risiko dan pemantauan perbelanjaan perniagaan syarikat.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Calon-calon dikehendaki menghantarkan permohonan beserta data peribadi yang lengkap, gambar berukuran pasport serta nombor telefon untuk dihubungi ke alamat berikut :

Ketua Pegawai Eksekutif,
Zakat Melaka
No. 1, 3 & 5, Jalan PNBB 1,
Pusat Niaga Bukit Baru,
Bandar Bukit Baru Seksyen IV,
75150 Melaka.

Tel: 06-2812441 / 2812442 / 2812443
Faks: 06-2818154

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Januari 2025 (Jumaat).

Catatan Am

1. Hanya calon yang berkelayakan dan lulus ujian bertulis sahaja yang akan dipanggil untuk proses temuduga.

2. Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan, adalah dianggap tidak berjaya.

Muat turun

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Post a Comment