Jawatan Kosong UiTM Cawangan Melaka
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jobs Overview
- Taraf Sepenuh Masa
- Gaji RM2,300 - RM5,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 17, 2026
- Lokasi penempatan Melaka
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka sebagaimana berikut.1. Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)
Tarikh tutup permohonan 17 September 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Melaka
Sektor : Badan Berkanun
Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Syarat Kelayakan
i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf ;
ii. Calon-calon mestilah memiliki kelayakan CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang ;
iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti ;
iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik ;
v. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat ijazah sarjana muda atau sarjana);
vi. Calon yang sedang mengikuti program sarjana tidak boleh dipertimbangkan walaupun telah memiliki ijazah sarjana muda ;
vii. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan ;
viii. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.
Perhatian Kepada Calon
i. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
ii. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen yang berikut yang telah DISAHKAN :-
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
iii. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
iv. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
v. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka.
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Perjawatan UiTM Cawangan Melaka yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Sila kemukakan permohonan melalui pos kepada :
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UiTM CAWANGAN MELAKA
KAMPUS ALOR GAJAH
KM 26, JALAN LENDU
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
NO TEL: 06-5582438 /2435/2014
Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 September 2026 (Khamis).
Pautan
Muat turun iklan dan syarat-syarat lantikan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini