Jawatan Kosong SIRIM Berhad
Metrologist
SIRIM Berhad

Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM2,500 - RM5,700
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 09, 2026
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di SIRIM Berhad 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan betaraf Tetap di SIRIM Berhad sebagaimana berikut.1. Metrologist
Tarikh tutup permohonan 9 Oktober 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Flow Group, NML Sepang
Sektor : Badan Berkanun
• Meningkatkan kecemerlangan teknikal bagi memastikan kredibiliti Sistem Pengukuran Kebangsaan diiktiraf di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
• Memberikan respons segera terhadap pertanyaan pelanggan serta memantau dan menganalisis produktiviti dan tempoh penyelesaian (Turn-Around-Time, TAT) bagi memastikan respons yang pantas serta penambahbaikan berterusan terhadap perkhidmatan.
• Memberikan sokongan teknikal berkaitan pengukuran dan penentukuran selaras dengan Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 (Akta 675).
• Menjalankan program berkaitan pengukuran, penentukuran, ujian kecekapan/audit pengukuran dan latihan bagi mencapai prestasi perniagaan Kumpulan.
• Membantu dan memulakan aktiviti teknikal berkaitan penyelenggaraan piawaian pengukuran serta kerja-kerja penentukuran bagi memenuhi objektif dan keperluan perniagaan Kumpulan.
Syarat Kelayakan
• Ijazah dalam bidang Fizik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Instrumentasi & Kawalan atau Kejuruteraan Mekatronik.
Faedah
• Rawatan Optikal / Pergigian
• Rawatan Perubatan Pesakit Luar
1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan melalui laman Career SIRIM Berhad, sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Pemohon hendaklah mendaftar atau mengelog masuk terlebih dahulu sebelum membuat permohonan jawatan.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Oktober 2026 (Jumaat).
Pautan
Iklan dan permohonan jawatan secara online disini