All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia 2026

Parlimen Malaysia

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 14, 2026
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Parlimen Malaysia 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Parlimen Malaysia sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Tarikh Tutup
1. Juruaudio Visual Gred N1 14 September 2026
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
**Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table di atas untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.

Tarikh tutup permohonan 14 September 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur.
Sektor : Kerajaan

1. Jawatan : Juruaudio Visual Gred N1
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji (Min-Maks) : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
4. Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
5. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
6. Memiliki lesen memandu kelas DA/D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM.

Keperluan Tambahan

1. Calon mempunyai pengetahuan asas berkaitan dalam sistem Audio dan Visual dan boleh bekerja secara berpasukan;
2. Berkemahiran mengendalikan audio mixer, amplifier, loudspeaker, DSP, video switcher, video processor, projector dan LED skrin; dan
3. Kepakaran dalam mengendalikan audio mixer (analog atau digital). Sila lampirkan latihan atau kursus dalam bidang AV yang pernah terlibat

Deskripsi Tugas
  • Mahir dan berpengetahuan dalam mengendalikan pemasangan peralatan audio visual di Bilik Mesyuarat dan Dewan;
  • Membuat pemantauan terhadap tahap kualiti audio, paparan visual, signal dan status peralatan semasa operasi;
  • Membuat persediaan awal dalam pemasangan peralatan audio visual mengikut keperluan majlis;
  • Mengenal pasti dan mengambil tindakan awal terhadap masalah yang dihadapi (feedback/noise, humming, distortion, audio imbalance, signal loss dan lain-lain); dan
  • Bertanggungjawab untuk membantu melaksanakan pemasangan, konfigurasi, pengujian, pengoperasian, pemantauan, penyelenggaraan asas, troubleshooting dan sokongan teknikal terhadap peralatan serta sistem AV.

2. Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji (Min-Maks) : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;

2. berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/ Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2/3) atau berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon hendaklah mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM)/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)- [P.U (A) 1/2012].

3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 ke atas).

4. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)


Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 September 2026 (Isnin).

Catatan Am

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.

Pautan

Muat turun borang permohonan jawatan disini (.doc)