All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar 2025

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Majlis Perbandaran Kangar (MP Kangar)

Jobs Overview

  • Taraf PSH
  • Gaji RM1,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup January 06, 2025
  • Lokasi penempatan Perlis

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kangar (MP Kangar) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di MP Kangar sebagaimana berikut.

1. Pekerja Sambilan Harian (PSH) (Setara SPM)

Tarikh tutup permohonan 06 Januari 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : MP Kangar, Perlis.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Iklan kekosongan jawatan dan syarat kelayakan jawatan ini boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

3. Semua borang permohonan jawatan perlu disertakan bersama salinan sijil/dokumen-dokumen yang telah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas seperti berikut :

i) Resume;
ii) Kad Pengenalan (depan dan belakang);
iii) Sijil Kelahiran;
iv) Sijil Berhenti Sekolah;
v) Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan);
vi) Sijil Kegiatan Luar (jika ada); dan
vii) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau pengesahan kemahiran yang berkaitan.

4. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong bagi jawatan tersebut di atas ialah pada 06 Januari 2025 (Isnin) sebelum jam 4.30 petang.

Permohonan yang lengkap diisi berserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah di alamatkan dan disampaikan kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p. : Jabatan Korporat dan Sumber Manusia)

Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

Maklumat Am

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :

(i). Tidak menggunakan Borang PABMS/MPK PS-12-R1.
(ii). Tidak menyertakan salinan dokumen/Sijil yang disyaratkan.
(iii). Menyertakan salinan dokumen/Sijil yang tidak dibuat pengesahan.
(iv). Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang / jelas.
(v). Memohon jawatan yang tidak diiklankan.
(vi). Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
(vii). Borang permohonan tidak ditandatangani.
(viii). Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan; dan

2. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

3. Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Muat turun

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Post a Comment