All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong UiTM Shah Alam & Cawangan Selangor 2026

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM22,040
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup January 06, 2026
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Staf Akademik / Staf Pentadbiran bertaraf Tetap / Kontrak di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagaimana berikut.
  • UiTM Shah Alam
  • UiTM Cawangan Selangor
1. Pensyarah UiTM
- Profesor VK7
- Profesor Madya DS14
- Pensyarah Kanan DS13
- Pensyarah DS11
2. Penolong Bendahari WA9
- Audit
3. Penolong Grafik B5
4. Penolong Jurutera JA5
- Audio Visual
5. Penolong Pegawai Seni Bina JA5
6. Pegawai Eksekutif N5
- Pengurusan Asrama
- Penilaian
7. Penolong Pegawai Penyelidik Q5
8. Penolong Pegawai Perubatan U5
9. Juruteknik Komputer FT1
10. Pembantu Khidmat Am H1
- Pemanduan
11. Kerani N1
- Hal Ehwal Islam
12. Pembantu Pembedahan Pergigian U1
13. Pembantu Tadbir (Kewangan) W1
- Audit

Tarikh tutup permohonan 06 Januari 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : UiTM Shah Alam & Cawangan Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Cara-cara Membuat Permohonan

Untuk Bukan Staf UiTM

(i) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 23 Disember 2025 hingga 06 Januari 2026 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja, dengan bayaran RM10.00 (tidak termasuk caj BSN). Setiap pemohon hanya dibenarkan membeli satu (1) nombor pin sahaja.

(ii) Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan sahaja.

(iii) Pembelian nombor pin BSN boleh dibuat melalui:

(a) Kaunter cawangan BSN;
(b) Mesin ATM BSN; atau
(c) Perbankan internet BSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

(iv) Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

(v) Permohonan hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan. Sila kepautan yang diberikan di bawah.

(vi) Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui Sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph. D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).

Untuk Staf UiTM

(i) Permohonan daripada Staf UiTM berstatus Tetap dan Kontrak, di mana pelantikan dibuat oleh Unit Pengambilan dan Penempatan Staf, Jabatan Pendaftar, UiTM Shah Alam hendaklah memohon melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal i-Staf → eProses & Sistem Sokongan → ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 06 Januari 2026 (Selasa).

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan, sila hubungi:

Unit Pengambilan dan Penempatan Staf
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR


E-mel Rasmi : bpps@uitm.edu.my

(i) Unit Pengambilan dan Penempatan Staf Pentadbiran
No. Tel. : (03) 5544 3005 / 3007 / 3076 / 3085 / 3091 / 3093 / 3034

(ii) Unit Pengambilan dan Penempatan Staf Akademik
No. Tel. : (03) 5544 3077 / 3036 / 3090 / 3278 / 3071

Pautan

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment