All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Temuduga Terbuka Pegawai Veterinar Gred GV9

Pegawai Veterinar Gred GV9

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak (Interim) / Tetap
  • Gaji RM2,250- RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 31, 2026
  • Lokasi penempatan Putrajaya

Jobs Detail

Temuduga terbuka Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta berkelayakan untuk menghadiri ke temuduga terbuka anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sepertimana jawatan berikut.

Maklumat Jawatan Butiran
Jawatan Pegawai Veterinar Gred GV9
Jabatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jumlah Kekosongan 16
Calon Simpanan 25
Tarikh Temu Duga 31 Oktober 2026 (Sabtu)
Tempat Temu Duga Kembara Kerjaya MADANI, SPA Putrajaya
Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table di atas untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.


Taraf Pelantikan

• Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (interim) selama tiga (3) tahun; dan
• Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Ijazah Sarjana Muda Veterinar atau Ijazah Sarjana Muda Sains Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) berdaftar di bawah subseksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian 1 Jadual Kedua.
(Gaji permulaan ialah pada Gred GV9: RM2,910.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Keperluan Tambahan

• Calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Veterinar/Ijazah Sarjana Muda Sains Veterinar dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan serta berdaftar di bawah subseksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 174) selaras dengan kelayakan-kelayakan di Bahagian 1 Jadual Kedua; atau
• Calon pelajar-pelajar semester akhir yang akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Veterinar/Ijazah Sarjana Muda Sains Veterinar dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan serta berdaftar di bawah subseksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 174) selaras dengan kelayakan-kelayakan di Bahagian 1 Jadual Kedua; atau
• Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar yang telah memenuhi syarat skim perkhidmatan ditetapkan layak dipertimbangkan untuk dilantik selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Memohon sebelum menghadiri ke temuduga terbuka

1. Calon yang berminat hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Permohonan Jawatan S.P.A (SPA9) : https://spa9.spa.gov.my , dengan memilih jawatan:
PROGRAM PENGAMBILAN BERSASAR sebelum: 7 Oktober 2026 (Rabu) jam 11.59 malam.

Maklumat Tambahan

1. Penilaian & Temu Duga:

Calon yang melepasi tapisan awal akan dipanggil menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Calon yang lulus PSEE seterusnya akan dijemput menghadiri sesi temu duga yang dijadualkan pada 31 Oktober 2026 (Sabtu).

2. Tawaran Pelantikan Terus:

Calon yang berjaya dalam sesi temu duga serta telah memenuhi semua syarat skim perkhidmatan akan terus ditawarkan pelantikan ke jawatan tersebut.

3. Kumpulan Calon Simpanan (Pool of Candidates):

Calon yang berjaya dalam sesi temu duga tetapi belum memenuhi syarat penuh skim perkhidmatan akan diperakukan sebagai calon Pool of Candidates. Tawaran pelantikan bagi kumpulan ini adalah tertakluk kepada pemenuhan syarat yang ditetapkan serta kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar.