All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka

Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 12, 2026
  • Lokasi penempatan Melaka

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka / SM-WEZ Corporation 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
(Unit Pembangunan Korporat dan Sumber Manusia)

2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
(Unit Pelaksanaan Kejuruteraan)

Tarikh tutup permohonan 12 Oktober 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : SM-WEZ Corporation Melaka
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
Kekosongan : Dua (2)
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : RM1,500.00 - RM4,680.00

Syarat Lantikan

a. Warganegara Malaysia

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan; dan

d. i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
ii. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,561.00); atau
iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
d. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah menghantar permohonan yang lengkap seperti perenggang no.2 ke e-mel : official@smwez.gov.my

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN: 
i. Resume lengkap;
ii. Salinan Kad Pengenalan;
iii. Salinan Sijil Kelahiran;
iv. Salinan Sijil SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau setarafnya; v. Salinan Sijil Berhenti Sekolah; dan
vi. Salinan rekod pengalaman kerja (jika berkaitan).

3. Sila muat turun iklan dan syarat-syarat lantikan sebelum membuat permohonan.

4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Oktober 2026 (Isnin), jam 12.00 tengahari.

Catatan Am

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temu duga.
ii. Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya dipanggil temu duga, hendaklah menyertakan Surat Sokongan dari Ketua Jabatan, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (2) tahun terakhir, secara fizikal.
iii. Cetakan borang daripada sistem hendaklah dicetak bagi calon yang dipanggil untuk proses temu duga.
iv. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
v. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temu duga adalah tanggungjawab oleh pemohon sendiri.
vi. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan semakan pengiktirafan Sijil/ Diploma/ Ijazah daripada Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) melalui capaian https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm atau Malasyaian Qualification Register (MQR) melalui https://www2.mqa.gov.my/mqr.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat-syarat lantikan disini