Jawatan Kosong Istana Budaya
Istana Budaya

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 14, 2026
- Lokasi penempatan Kuala Lumpur
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Istana Budaya 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Istana Budaya sebagaimana berikut.| Bil. | Jawatan dan Gred | Pautan Permohonan |
|---|---|---|
| 1. | Artis Budaya Gred B5 | Mohon disini |
| 2. | Artis Budaya Gred B1 | |
| 3. | Pereka Gred B1 (Jurusolek) | Mohon disini |
Tarikh tutup permohonan 14 Oktober 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun
Taraf Jawatan : Kontrak
Umur : 25 – 35 tahun
Jadual Gaji : RM1,650.00 - RM6,620.00
2. Artis Budaya Gred B5
Taraf Jawatan : Kontrak
Umur : 18 – 27 tahun
Jadual Gaji : RM1,500.00 – RM4,680.00
Syarat Umum
• Warganegara Malaysia;
• Artis Budaya Gred B1: Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi 27 tahun;
• Artis Budaya Gred B5: Berumur sekurang-kurangnya 25 tahun dan tidak melebihi 35 tahun;
• Ketinggian tidak kurang daripada 160 cm (wanita) dan 167 cm (lelaki);
• Julat BMI : 18.5 - 24.9;
• Mempunyai bakat dan kebolehan dalam bidang seni tari tradisional dan moden;
• Mempunyai keterampilan dan personaliti yang baik; dan
• Memiliki tahap kesihatan yang baik.
Khusus Untuk Artis Budaya Gred B5
• Memiliki bakat dan kebolehan dalam bidang seni tari, seni persembahan atau seni lakon;
• Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang seni tari, seni persembahan atau seni lakon;
• Mempunyai daya kreativiti dalam penciptaan gerakan tarian tradisional dan moden; Mempunyai kebolehan untuk mengajar dan melatih Artis Budaya dalam menguasai koreografi; dan
• Mempunyai kebolehan untuk menyelia, merancang dan mengatur jadual latihan.
Taraf Jawatan : Kontrak
Umur : 21 – 35 tahun
Jadual Gaji : RM1,500.00 – RM4,680.00
Syarat Umum
• Warganegara Malaysia (lelaki dan perempuan).
• Berumur antara 21 hingga 35 tahun pada tarikh temu duga dijalankan.
• Syarat minimum Kelayakan Akademik SPM.
• Calon yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau sijil yang diiktiraf dalam bidang solekan, dandanan rambut dan kecantikan atau seni solekan pentas adalah satu kelebihan. Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta berkeupayaan membezakan tona dan warna.
Syarat Khusus
• Boleh memahami arahan kreatif dan menyesuaikan solekan mengikut watak, kostum, pencahayaan dan konsep persembahan.
• Mempunyai pengalaman dalam solekan pentas, teater, tarian, muzikal atau persembahan langsung.
• Mempunyai Kemahiran SFX, prostetik, dandanan rambut dan mengurus rambut palsu. Bersedia bekerja mengikut keperluan produksi termasuk waktu malam, hujung minggu dan cuti umum.
• Boleh bekerja dengan pantas dan melakukan perubahan solekan dalam masa yang terhad serta memastikan solekan sentiasa kemas.
• Berpenampilan menarik dan professional, positif, berdisiplin, menepati masa, bertanggungjawab, mudah menerima arahan dan teguran serta boleh bekerjasama dengan pasukan produksi.
1. Calon-calon yang berminat dan memenuhi kreteria seperti yang dinyatakan di atas hendaklah membuat permohonan jawatan secara online dengan mengisi Borang Permohonan (google form), sila kepautan permohonan yang diberikan / disediakan di atas.
2. Sila lengkapkan Gogle Form mengikut arahan.
3. Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 14 Oktober 2026 (Rabu).
4. Calon yang disenarai pendek dalam saringan video akan dihubungi oleh urus setia untuk ke sesi ujian bakat.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
No. Tel : 03-4026 5620 / 5513
E-mel : sumbermanusia@istanabudaya.gov.my