All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,650 - RM13,540
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 24, 2026
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) 2026. Permohonan adalah dipelawa Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Iklan dan Permohonan Tarikh Tutup
1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 Mohon Disini 24 Sept 2026
2. Juruaudit Gred W12 Mohon Disini 23 Sept 2026
**Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table di atas untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.

Tarikh tutup permohonan 23 & 24 September 2026.
Lokasi penempatan : PSM Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun

1. Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Kelayakan
• Warganegara Malaysia;
• Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
• Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;atau
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Jawatan : Juruaudit Gred W12
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Kelayakan
• Warganegara Malaysia;
• Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
• Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(i) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(ii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya/ Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan/ Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
(iii) Memiliki pensijilan Certified Internal Auditor (CIA) yang dikeluarkan oleh The Institute of Internal Auditors (IIA) adalah wajib;
• Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman memegang jawatan penyeliaan atau pengurusan audit; dan
• Pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang audit, kewangan atau kawalan dalaman.

Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta berkelayakan boleh membuat permohonan jawatan secara online melalui laman Jobstore, sila kepautan yang diberikan di atas; Atau
2. Calon boleh juga memohon dengan mengemukakan sijil-sijil kelayakan (Sijil SPM / Diploma / Ijazah yang berkaitan jawatan dipohon) berserta resume yang lengkap ke e-mel : kerjaya@stadium.gov.my

Catatan Am

(i) Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil ke sesi temuduga.
(ii) Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.