All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Perbadanan Islam Johor (PIJ)

Perbadanan Islam Johor (PIJ)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak / Kontrak (Interim)
  • Gaji RM1,500 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 14, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Islam Johor (PIJ) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak / Kontrak (Interim) di Perbadanan Islam Johor (PIJ) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Undang-Undang L9
2. Penolong Akauntan W5
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N1

Tarikh tutup permohonan 14 September 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : PIJ Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat hendaklah membuat permohonan jawatan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan PIJ.01 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terkini berukuran pasport dan salinan dokumen-dokumen yang diakui sah sebagaimana berikut:-

(i) Salinan Kad Pengenalan
(ii) Salinan Sijil Kelahiran
(iii) Salinan Sijil-Sijil Kelulusan
(iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
(v) Lain-lain Sijil/Surat Akuan
*** Pegawai yang layak membuat pengesahan Salinan dokumen adalah terdiri daripada pegawai yang berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun dari Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 9 dan ke atas.

3. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang bekhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan disertakan sekali salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan Kerajaan bertaip yang terkini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun terkini.

4. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

PENGURUS BESAR
PERBADANAN ISLAM JOHOR
TINGKAT 3, BANGUNAN PIJ JALAN REBANA, KEBUN TEH
80250 JOHOR BAHRU


5. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.

6. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

7. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

8. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

9. Permohonan akan ditolak sekiranya:

(i) Tidak menggunakan borang permohonan yang telah disediakan;
(ii) Tidak membuat pengesahan salinan dokumen-dokumen yang disertakan;
(iii) Tidak lengkap atau tidak terang tulisan;
(iv) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam iklan; dan
(v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

10. Tarikh tutup permohonanadalah pada 14 September 2026 (Isnin).

Pautan

Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini