Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak (Interim) / Tetap
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 01, 2026
- Lokasi penempatan Sarawak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sarawak 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak (Interim) / Tetap di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi Negeri Sarawak sebagaimana berikut.1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
Tarikh tutup permohonan 01 Oktober 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : Sarawak
Sektor : Kerajaan / Perkhidmatan Awam
Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
Kekosongan : 69 Simpanan : 207
Jadual Gaji : RM1,500.00 (Minimum) - RM4,680.00 (Maksimum)
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,561.00); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 01 Oktober 2026 (Khamis), jam 11.59 malam.
Pautan
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini