Jawatan Kosong Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor
Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 18, 2026
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor sebagaimana berikut.1. Penolong Pegawai Penerangan Gred S5
2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
Tarikh tutup permohonan 18 September 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Johor.
Sektor : Kerajaan
1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang disertakan iklan dan syarat lantikan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Sila pastikan borang permohonan dilengkapi sepenuhnya dengan menggunakan HURUF BESAR. Maklumat yang diberikan hendaklah tepat, jelas dan sertakan bersama sekeping gambar berukuran pasport terkini dan salinan yang diakui sah bagi dokumen-dokumen berikut :
i. Sijil Kelahiran
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Berhenti Sekolah
iv. Sijil Akademik (PMR / PT3 / SPM / SVM / SKM Tahap 2 dan Tahap 3)
v. Sijil Ijazah Sarjana Muda
vi. Sijil-Sijil Akademik dan kelayakan yang berkaitan.
vii. Lesen Memandu (bagi jawatan Pemandu Kenderaan / Pembantu Operasi sahaja)
viii. Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui pautan berikut : https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
3. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut yang telah dikemaskini dan disahkan.
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :
JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR,
ARAS 2, BANGUNAN SULTAN ISMAIL,
KOTA ISKANDAR, 79680 ISKANDAR PUTERI, JOHOR.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September 2026 (Jumaat), jam 5.00 petang.
(a) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sudut sebelah atas kiri sampul surat bersaiz 32x23cm.
(b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(d) Segala perbelanjaan kos logistik bagi menghadiri sesi temu duga adalah di bawah tanggungjawab pemohon sepenuhnya.
(e) Borang permohonan yang diterima selepas tarikh 18 September 2026 tidak akan diproses.
Pautan
Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini