All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB)

Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak Perkhidmatan
  • Gaji RM1,500 - RM13,540
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 25, 2026
  • Lokasi penempatan Sarawak

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak Perkhidmatan di Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Bahagian / Penempatan
1. Jurutera Pertanian J12 Bahagian Pengembangan dan Teknologi
2. Pegawai Pertanian G9 Bahagian Pengembangan dan Teknologi
3. Pegawai Tadbir (Teknologi Maklumat) N9 Bahagian Pengurusan Data
4. Penolong Pegawai Tadbir  N5 Unit Pengurusan Sumber Manusia
5. Penolong Pegawai Tadbir N5 Bahagian Pengurusan Data
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N1 Unit Pengurusan Sumber Manusia
7. Pembantu Khidmat Am H1 Similajau, Bintulu
**Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table di atas untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.

Tarikh tutup permohonan 25 September 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : SARIB Sarawak.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

1. Calon yang berminat hendaklah mengemukakan:
• Surat permohonan yang menyatakan dengan jelas jawatan yang dipohon, dan memastikan jawatan tersebut ditulis di penjuru kanan atas sampul surat permohonan;
• Resume/CV terkini;
• Salinan kad pengenalan yang disahkan;
• Salinan sijil akademik dan transkrip yang disahkan;
• Dokumen pengalaman kerja, jika berkaitan;
• Sekeping gambar berukuran passport; dan
• Dokumen sokongan lain yang berkaitan.

2. Permohonan lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA INDUSTRI GETAH SARAWAK (SARIB)
D/A TINGKAT 2, WISMA SALCRA, NO. 1, LOT 2220,
BLOCK 26, MTLD, JALAN DATO MOHD MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 September 2026 (Jumaat).

Catatan

(i) Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga;
(ii) Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, badan berkanun atau syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing untuk mendapatkan sokongan dan perakuan;
(iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses; dan
(iv) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini