All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Sarawak Tourism Board

Administrative Assistant, Grade N1

Sarawak Tourism Board

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 07, 2026
  • Lokasi penempatan Sarawak

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Sarawak Tourism Board (STB) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang lahir di Sarawak, bermastautin di Sarawak, atau pemegang status Pemastautin Tetap (PR) Sarawak yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Sarawak Tourism Board (STB) sebagaimana berikut.

Jawatan Gred Unit Skim Perkhidmatan Lokasi Kekosongan
Administrative Assistant N1 Pentadbiran Kontrak Kuching 2

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Kerakyatan: Terbuka kepada warganegara Malaysia yang lahir di Sarawak, bermastautin di Sarawak, atau pemegang status Pemastautin Tetap (PR) Sarawak.
  • Kelayakan Akademik: SPM / SVM atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. (Sijil dalam Pentadbiran Pejabat, Pengajian Perniagaan, Pengajian Setiausaha, atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan).
  • Pengalaman Kerja: Pengalaman dalam pentadbiran, kaunter pertanyaan (front-desk), khidmat pelanggan, pendaftaran/rekod (registry), fasiliti, logistik, atau sokongan pejabat diutamakan.
  • Kemahiran Teknikal: Mahir menggunakan Microsoft Office (atau aplikasi produktiviti setaraf), komunikasi e-mel, sistem pemfailan digital asas, dan pengendalian telefon pejabat.
  • Bahasa: Kebolehan berkomunikasi secara berkesan dan profesional dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Tugas & Tanggungjawab Utama

  1. Kaunter Pertanyaan & Pelawat: Menyambut pelawat, menguruskan pendaftaran/rekod akses pelawat, dan memaklumkan pegawai/unit berkenaan.
  2. Pertanyaan Umum: Mengendalikan panggilan telefon dan e-mel rasmi/kongsian, memberikan maklumat yang tepat, dan merekodkan mesej.
  3. Pengurusan Surat-Menyurat: Menerima, mendaftar, mengedar, dan memfailkan surat/dokumen masuk dan keluar.
  4. Penyelenggaraan Rekod: Menyelenggara fail pentadbiran, jadual, senarai hubungan, kontrak, dan senarai log secara teratur.
  5. Bilik Mesyuarat: Membantu tempahan bilik mesyuarat, persediaan bilik, jamuan ringan, kelengkapan, dan senarai kehadiran.
  6. Fasiliti & Penyelenggaraan: Merekod permohonan penyelenggaraan, membuat tindakan susulan dengan pegawai/pembekal, dan mengemas kini status.
  7. Bekalan Pejabat: Memantau bekalan pejabat, menyelenggara rekod stok, serta membuat permohonan pesanan semula.
  8. Dokumen Kewangan: Membantu penyediaan sebut harga, perolehan, invois, pembayaran, dan dokumen pembekal.
  9. Logistik & Perjalanan Rasmi: Membantu urusan tempahan tiket perjalanan rasmi, penginapan, pengangkutan, kurier, dan rekod sokongan.
  10. Bajet & Audit: Membantu penyediaan bajet, surat, memo, borang, laporan pentadbiran, serta penyediaan dokumen untuk tujuan audit.
  11. Tugas-tugas Lain: Menjalankan tugas pentadbiran lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara Memohon

Calon yang berminat perlu mengemukakan resume dan dokumen berkaitan secara dalam talian melalui borang Google Form yang disediakan oleh pihak STB, sila kepautan permohonan yang diberikan di bawah.

Tarikh Tutup Permohonan: 7 Oktober 2026 (Jam 12.00 tengah hari)

* Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Pautan

Permohonan jawatan secara online (google form) disini