All States
  • All States
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Personel MySTEP UTM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Jobs Overview

  • Taraf Personel MySTEP
  • Gaji RM1,900 - RM2,300
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup October 13, 2026
  • Lokasi penempatan Johor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Johor Bahru sebagaimana berikut.

BIL JAWATAN KELAYAKAN KADAR UPAH TEMPOH
1 Pegawai Tadbir (Gred 9) Ijazah Sarjana Muda RM2,300.00 12 bulan
2 Penolong Pegawai Tadbir (Gred 5) Diploma RM2,100.00 12 bulan
3 Penolong Jurutera (Gred 5) Diploma RM2,100.00 12 bulan
4 Pelukis Pelan (Gred 1) Sijil Pelajaran Malaysia RM1,900.00 12 bulan
5 Pembantu Tadbir (P/O) (Gred 1) Sijil Pelajaran Malaysia RM1,900.00 12 bulan
6 Pembantu Khidmat Am (Gred 1) Sijil Pelajaran Malaysia RM1,900.00 12 bulan
**Perhatian..!! Sila scroll / swipe ke kiri table di atas untuk melihat butiran penuh iklan jawatan.

Tarikh tutup permohonan 13 Oktober 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : UTM Johor
Sektor : Badan Berkanun

Syarat-Syarat Am Lantikan (UTM MySTEP)

Calon-calon yang memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat umum berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Pemohon tidak mempunyai perancangan untuk berhenti kerja/meletak jawatan dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan daripada tarikh lantikan.
4. Bebas daripada sebarang tindakan disiplin, rekod jenayah, atau senarai peminjam tegar institusi pinjaman pendidikan.
5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.

Syarat Lantikan

Untuk melihat syarat-syarat lantikan sila muat turun iklan dan syarat lantikan pada pautan yang diberikan di bawah.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online dengan mengisi borang permohonan jawatan (google form) yang disediakan oleh pihak Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Johor Bahru. Sila kepautan yang diberikan di bawah.

Dokumen Sokongan Yang Wajib Dimuat Naik

• Salinan Kad Pengenalan.
• Salinan Resume / Curriculum Vitae (CV) terkini.
• Salinan Sijil Akademik / Transkrip Rasmi (SPM / SKM / Diploma / Ijazah mengikut syarat jawatan).

Syarat Khusus Prosedur

• Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga.
• Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap, atau diterima selepas tarikh tutup iklan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
• Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat lantikan disini

Permohonan jawatan secara online (google form) disini

**Sila pastikan pemohon mempunyai akaun google atau gmail.com untuk membuat permohonan jawatan yang diiklankan.