All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Perlis

Majlis Perbandaran Perlis

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak (Interim)
  • Gaji RM1,500 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 22, 2026
  • Lokasi penempatan Perlis

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Perlis 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak (Interim) di Majlis Perbandaran Perlis sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir N5
2. Pembantu Penguat Kuasa KP1
3. Pembantu Penilaian W1
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1
5. Pembantu Khidmat Am H1

Tarikh tutup permohonan 22 September 2026 (Selasa).
Lokasi penempatan : Kangar Perlis.
Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon dan Syarat-Syarat

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 (2026) yang boleh boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah dan semua borang permohonan jawatan perlu disertakan bersama salinan Sijil/Dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 9 dan ke atas seperti berikut :

i) Resume terkini ;
ii) Kad Pengenalan (depan dan belakang) ;
iii) Sijil Kelahiran ;
iv) Sijil Berhenti Sekolah ;
v) Sijil-sijil akademik (Sijil SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan) ;
vi) Sijil kegiatan luar (jika ada) ; dan
vii) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau pengesahan kemahiran yang berkaitan.

2. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

3. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Bahagian III, Peraturan 18 serta mengemukakan secara berasingan ke pentadbiran Majlis dokumen-dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan seperti berikut :

i) Surat Pengesahan Ketua Jabatan ;
ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini ;
iii) Perakuan Markah Sistem Pengurusan Prestasi (My Performance);
iv) Salinan surat kelulusan pengisytiharan harta; dan
v) Salinan penyata gaji yang terkini.

4. Permohonan yang lengkap diiisi beserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan dan disampaikan kepada :

TUAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN PERLIS,
NO 192 PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia)


5. Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja.

6. Sila tuliskan ‘nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong bagi jawatan yang dinyatakan ialah pada 22 September 2026 (Selasa) selewat-lewatnya sebelum jam 4.30 petang.

Maklumat Am

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :

(i) Tidak menyertakan salinan dokumen/sijil yang disyaratkan ;
(ii) Menyertakan salinan dokumen/sijil yang tidak dibuat pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred 9 ke atas ;
(iii) Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang/jelas ;
(iv) Memohon jawatan yang tidak diiklankan ;
(v) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan ;
(vi) Borang permohonan tidak ditandatangani ;
(vii) Borang permohonan diterima selepas tarikh tutup permohonan ; dan
(viii) Borang permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

2. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

3. Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Perlis.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat lantikan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini