All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (KPTMSB)

Pemandu

Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (KPTMSB)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,700 - RM3,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 18, 2026
  • Lokasi penempatan Kuala Lumpur

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (KPTMSB) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (KPTMSB) sebagaimana berikut.

1. Pemandu

Tarikh tutup permohonan 18 September 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat KPTMSB, Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun

Tugas dan Tanggungjawab

Bertanggungjawab memandu kenderaan organisasi dengan selamat dan mematuhi peraturan jalan raya. Membawa staf, tetamu atau barangan mengikut jadual dan arahan. Memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selamat. Menjalankan pemeriksaan rutin kenderaan, melaporkan kerosakan dan mengatur penyelenggaraan berkala. Menyimpan rekod perjalanan, penggunaan minyak dan tol.

Syarat Am
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Syarat Khusus
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangkurangnya Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  • Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I/PSV yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); dan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (03) tahun pengalaman bekerja sebagai Pemandu.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat hendaklah mengemukakan permohonan rasmi seperti berikut:
  • resume
  • gambar berukuran pasport
  • salinan kad pengenalan
  • salinan sijil akademik
  • salinan lesen kenderaan
Sila hantarkan permohonan ke e-mel berikut: recruitment@kptm.edu.my

**Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada tajuk e-mel "Permohonan Jawatan Sebagai Pemandu".

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September 2026 (Jumaat).