Jawatan Kosong KPTM Alor Setar
Eksekutif Alumni
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM2,250 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 20, 2026
- Lokasi penempatan Kedah
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di KPTM Alor Setar sebagaimana berikut.1. Eksekutif Alumni
Tarikh tutup permohonan 20 September 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : KPTM Alor Setar, Kedah.
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Eksekutif Alumni
Syarat Am
• Warganegara Malaysia.
• Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
• Lulus Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian; atau
• Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam dengan Kepujian; atau
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Skop Tugas
• Mengurus dan menyelaras pembangunan kerjaya serta hubungan alumni melalui pelaksanaan program kerjaya, pengajian lanjutan, kemahiran dan keusahawanan.
• Menyediakan khidmat nasihat kerjaya, membina jaringan industri dan alumni, memantau serta melaporkan kebolehpasaran graduan.
Cara Memohon
1. Sila kemukakan permohonan secara rasmi berserta dokumen yang lengkap iaitu resume beserta gambar terkini, salinan Kad Pengenalan, salinan transkrip akademik & sijil-sijil akademik berkaitan kepada emel:
hrkptmas@kptm.edu.my
2. Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 20 September 2026 (Ahad).
3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.