Jawatan Kosong Kementerian Ekonomi
Kementerian Ekonomi

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM3,840 - RM12,150
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup September 20, 2026
- Lokasi penempatan Putrajaya
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Kementerian Ekonomi 2026. Permohonan adalah dipelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak (Contract of Service) di Kementerian Ekonomi sebagaimana berikut.1. Penolong Pengarah (Dasar dan Pelaporan) Gred 10
Tarikh tutup permohonan 20 September 2026 (Ahad).
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Kerajaan
Jawatan : Penolong Pengarah (Dasar dan Pelaporan), Jawatan Terbuka Gred 10 (Contract of Service)
Kekosongan : Satu (1) kekosongan
Jadual Gaji (Min-Maks) : RM3,840.00 - RM12,150.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM250.00
1. Menyelaras perancangan, pemantauan, penilaian dan penyelidikan dasar, strategi dan program bagi pembangunan jangka panjang, sederhana dan pendek berkaitan SDG dan ESG.
2. Membantu menyelaras kajian/pengumpulan data untuk analisis, penyelidikan dan perancangan bagi kemajuan pencapaian SDG tahunan berdasarkan data terkini.
3. Menyelaras penganjuran Mesyuarat Majlis SDG Negara, Mesyuarat Jawatankuasa Khas SDG, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SDG, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal SDG dan Mesyuarat Project Management Unit bersama pihak UN Malaysia secara berkala.
4. Menyelaras perancangan dan memantau SDG Roadmap selaras dengan RMK terkini.
5. Menjalankan penyelidikan, analisa pelaksanaan SDG dan ESG di sektor swasta.
6. Menyemak dan menyediakan input/nota ikhtisar/ulasan/draf ucapan/ nota percakapan berkaitan SDG yang diperlukan kementerian dan jabatan.
7. Menyediakan maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri, Pasca-Kabinet, jawapan Parlimen dan mesyuaratmesyuarat yang lain.
8. Menyelaras urusan pentadbiran Sekretariat Kebangsaan mengenai SDG bagi menyokong fungsi Kementerian Ekonomi sebagai focal point SDG Negara.
9. Menyelaras perancangan dan penyediaan serta pembentangan Voluntary National Review di High-level Political Forum, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
10. Membantu menyelaras penyertaan YB Menteri/ YB Timbalan Menteri Ekonomi dan pegawai ke persidangan/mesyuarat berkenaan SDG di dalam dan di luar negara.
11. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
A. Calon Individu Warganegara Malaysia:
1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Mampan, Ekonomi, Statistik, Sains Komputer, Teknologi Maklumat (IT), Pengurusan Kesihatan, Perancangan Bandar, Sains Alam Sekitar, Kejuruteraan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Kelebihan kepada calon yang memiliki Post-Degree (PhD, Masters) amatlah dialu-alukan.
3. Mempunyai pengalaman lebih 6 tahun bekerja dalam dalam salah satu bidang antaranya bidang pembangunan mampan/sosial, perkhidmatan awam, pembangunan polisi, penyelidikan, juruperunding professional, penulisan di sektor awam.
4. Pengalaman dalam pelaksanaan inisiatif SDG atau pelaporan ESG adalah satu kelebihan utama.
5. Pengalaman bekerja dengan masyarakat sivil, badan bukan kerajaan, universiti dan institusi pengajian tinggi amatlah digalakkan.
6. Pengalaman dalam kerjasama antarabangsa (PBB, ASEAN) berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan ESG, amatlah dialu-alukan.
7. Kemahiran komunikasi lisan dan penulisan yang cemerlang.
8. Boleh bekerja secara berkumpulan, mengurus tekanan dan menyelesaikan tugasan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Pegawai akan dilantik secara kontrak perkhidmatan (Contract of Service) mengikut MyPPSM, Ceraian UP.1.1.1: Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak.
Calon Individu Warganegara Malaysia:
1. Elaun dan kemudahan mengikut kelayakan Gred 10.
2. Kemudahan dan faedah pegawai kontrak (Contract of Service) mengikut MyPPSM, Ceraian UP.1.1.8.
Tempoh Lantikan
2 tahun dan boleh dilanjutkan tertakluk kepada prestasi.
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Lampiran B (warganegara Malaysia) berserta resume dan dihantarkan ke e-mel: pengambilan@ekonomi.gov.my
2. Sila muat turun iklan dan borang permohonan jawatan pada pautan yang diberikan di bawah.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 SEPTEMBER 2026.
4. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga.
Pautan
Muat turun iklan, syarat lantikan dan borang permohonan jawatan disini