Jawatan Kosong JPNIN Negeri Melaka
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 07, 2026
- Lokasi penempatan Melaka
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di JPNIN Negeri Melaka sebagaimana berikut.1. Pembantu Khidmat Am Gred H1
(Penolong Guru Tabika Perpaduan)
Tarikh tutup permohonan 07 Oktober 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : JPNIN Negeri Melaka
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Pembantu Khidmat Am Gred H1
(Penolong Guru Tabika Perpaduan)
Taraf Jawatan : Kontrak
Bilangan Kekosongan : Empat (4) Kekosongan
Penempatan : Sekitar Negeri Melaka
Jadual Gaji : RM1,500.00 - RM4,680.00
Elaun
i. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00
ii. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM115.00
iii. Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350/RM300/RM200 bergantung kepada kawasan.
1. Calon-calon hendaklah memenuhi syarat seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
(ii) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(iii) Memiliki dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus (Gred E) dalam satu peperiksaan SPM; atau
(iv) Memiliki dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus (Gred E) yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
Deskripsi Tugas
1. Membantu Guru menjalankan tugas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di tabika;
2. Menyediakan makanan berkhasiat untuk murid-murid mengikut panduan makanan yang betul serta menu yang telah ditetapkan;
3. Memastikan tabika berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan teratur; dan
4. Membantu Guru membimbing murid semasa menjalankan aktiviti harian di tabika supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah berserta gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan).
2. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18, Peraturan –peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
3. Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen sokongan yang berikut dan DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’/Gred 9 ke atas/Penghulu/Ketua Kampung:
i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak
iii. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
iv. Salinan Sijil Akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Negeri Melaka
Aras 3, Menara Persekutuan (Blok Podium), MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
(u.p. Bahagian Pengurusan)
Sebelum atau selewat-lewatnya pada 07 Oktober 2026 (Rabu).
5. Permohonan berikut AKAN DITOLAK
i. TIDAK lengkap / TIDAK jelas;
ii. TIDAK memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iii. TIDAK disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
iv. TIDAK menandatangani borang permohonan;
v. TIDAK mengikut Peraturan 18 Bab ‘A’ P.U.(A)/2012 bagi calon yang sedang berkhidmat.
6. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.
7. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada talian 0176038143 (Puan Hamizah binti Mohd).
Pautan
Muat turun borang permohonan jawatan disini