Jawatan Kosong JKM Negeri Johor
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,500 - RM4,680
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 01, 2026
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahu pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak (Contract Of Service) di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor sebagaimana berikut.| Bil. | Jawatan dan Gred | Kekosongan |
|---|---|---|
| 1. | Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1 | Tiga (3) |
| 2. | Pembantu Keselamatan Gred KP1 | Tiga (3) |
Tarikh tutup permohonan 01 Oktober 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor, Jalan Mariamah, Johor Bahru.
Sektor : Badan Berkanun
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan :
i) Gambar berukuran passport;
ii) Resume (Berwarna);
iii) Salinan Sijil Kelahiran dan salinan Kad Pengenalan;
iv) Salinan Surat Berhenti Sekolah yang Terakhir;
v) Salinan Sijil Akademik (SPM/Sijil/Diploma/Ijazah Berserta Transkrip Penuh); dan
vi) Salinan Kad OKU (Sekiranya berkaitan).
3. Calon hendaklah bermastautin melebihi 5 tahun di Negeri Johor jika calon dan Ibu / Bapa bukan kelahiran Negeri Johor dan calon hendaklah mengemukakan surat pengesahan bermastautin.
Peringatan
Hanya salinan sijil-sijil/dokumen berkaitan di atas sahaja PERLU dihantar bersama borang permohonan. Lain-lain sijil akademik dan sijil penyertaan perlu dibawa pada sesi temu duga.
[ Sekiranya permohonan tidak disertakan sepertimana syarat di atas, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor berhak menolak permohonan tersebut ]
4. Borang permohonan yang telah sempurna diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 32cm x 22 cm dan di sudut sebelah kiri sampul hendaklah dituliskan NAMA JAWATAN yang dipohon dan tarikh tutup permohonan.
5. Hanya calon-calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas (3) tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
6. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ini.
PENGARAH
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR
ARAS 4 & 5, KOMPLEKS PENYAYANG KEMPAS,
LOT 131200, KEMPAS BARU,
81200 JOHOR BAHRU
Sebelum atau selewat-lewatnya pada 01 Oktober 2026 (Khamis), jam 5.00 petang.
Pautan
Iklan, syarat lantikan dan borang permohonan jawatan disini