All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak / Tetap
  • Gaji RM1,500 - RM11,110
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup September 21, 2026
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2026. Permohonan adalah dipelawa Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak / Tetap di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Tadbir Gred N9
2. Pembantu Akauntan Gred W1

Tarikh tutup permohonan 21 September 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : MQA Cyberjaya, Selangor
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N9
Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap
Jadual Gaji (Min-Maks) : RM2,250.00 - RM11,110.00
Kenaikan Gaji tahunan : RM225.00

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menjalankan proses dan prosedur operasi melibatkan fungsi teras MQA secara cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat berkaitan.

Syarat Lantikan

Memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,250.00); atau
ii. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,470.00). dan;
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Tambahan

Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Jawatan : Pembantu Akauntan Gred W1
Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap
Jadual Gaji (Min-Maks) : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji tahunan : RM100.00

Deskkripsi Tugas

Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.

Syarat Lantikan

Memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1 : RM1,500.00); atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1 : RM1,561.00); atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1 : RM1,561.00); atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1 : RM1,622.00); atau
v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W1 : RM1,622.00); dan
vi. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi Jobs@MQA, sila kepautan yang diberikan di bawah.
2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.
3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.
5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
6. Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.
7. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 3679 atau 03-8688 3620/3712. Pertanyaan berkaitan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-8688 1912.
8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 September 2026 (Isnin) jam 4.00 petang.

Catatan Am

1. Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria tapisan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan MQA akan dipanggil untuk temu duga.
2. Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.
3. Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.
4. Pengambilan sebagai Personel MySTEP bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.
5. MQA merupakan agensi tunggal yang terletak di Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai cawangan lain.

Pautan

Iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini