Jawatan Kosong PTPTN Negeri Johor
Eksekutif Jualan (EJ)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,700
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup October 02, 2026
- Lokasi penempatan Johor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Pejabat PTPTN Negeri Johor sebagaimana berikut.1. Eksekutif Jualan (EJ)
Tarikh tutup permohonan 02 Oktober 2026 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pejabat PTPTN Cawangan Kluang
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Eksekutif Jualan (EJ)
Gaji : RM1,700.00 Sebulan
Insentif : Komisen berdasarkan prestasi.
1. Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
(c) Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
• Perwatakan menarik;
• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
• Berkebolehan menganalisis dengan baik;
• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
• Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; dan
• Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)
Cara Memohon
1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan mengisi borang yang disediakan sebelum jam 11.59 malam, 4 Oktober 2026 (Ahad).
Atau
ii. Calon boleh mengemukakan resume terkini ke kaunter Pejabat PTPTN Cawangan Kluang sebelum jam 4.30 petang, 2 Oktober 2026 (Jumaat).
iii. Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemilihan akan dihubungi melalui e-mel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan dokumen sokongan. Sila pastikan alamat e-mel masih aktif dan boleh digunakan.
Permohonan yang berikut akan ditolak :
i. Tidak memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan; atau
ii. Maklumat yang dinyatakan tidak lengkap atau meragukan.
Catatan Am
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan tiga (3) bulan selepas daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
ii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab sendiri.
iii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dihubungi. Sila pastikan nombor telefon dan e-mel masih aktif serta boleh digunakan.
Pautan
Permohonan jawatan secara online (google form) disini
** Sila pastikan pemohon mempunyai akaun google atau gmail.com untuk membuat permohonan.