All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan TNB 2026

Pemandu Kenderaan

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM1,900 - RM4,500
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup August 31, 2026
  • Lokasi penempatan Semenanjung Malaysia

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Wargenagara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagaimana berikut.

1. Pemandu Kenderaan Tingkatan Biasa

Tarikh tutup permohonan 31 Ogos 2026 (Isnin).
Lokasi penempatan : Semenanjung Malaysia
Sektor : Badan Berkanun/ Swasta

Jawatan : Pemandu Kenderaan Tingkatan Biasa / Pemandu (Kenderaan)
Taraf Jawatan : Tetap

Syarat Kelayakan

Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Warganegara Malaysia (bukan dalam kalangan Warga Kerja TNB atau anak syarikat TNB).
2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan kelayakan minima lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah.
ATAU
3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia ( SVM ) dalam bidang yang berkaitan serta memperolehi Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ( sekurang-kurangnya gred C ), mempunyai Purata Nilai Kumulatif Akademik ( sekurang-kurangnya 2.00 ), Purata Nilai Kumulatif Vokasional ( sekurang-kurangnya 2.67 ) dan SKM Tahap 2.
4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta bebas daripada sebarang penyakit kronik.
5. Memiliki lesen memandu Kelas D, E dan GDL yang masih sah.
6. Calon yang hanya memiliki Lesen Memandu Kelas D boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai pengalaman sebagai pemandu peribadi (chauffeur).
7. Memiliki lesen Kelas H, E-Bersendi, E- Kejur atau PSV Bas merupakan satu kelebihan.
8. Tidak rabun warna.
9. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
10. Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Kelebihan Tambahan

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai salah satu atau lebih kriteria berikut:

• Tidak merokok.
• Berpengalaman sebagai pemandu syarikat.
• Berpengalaman sebagai pemandu peribadi (chauffeur).
• Bekas anggota tentera (umur tidak melebihi 45 tahun).

Catatan

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan dan melengkapkan maklumat permohonan akan disenarai pendek untuk menghadiri proses pemilihan seterusnya.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan di TNB secara online di TNB Careers (sila kepautan yang diberikan di bawah).

Pautan

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini