All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah

Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM4,680
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 10, 2026
  • Lokasi penempatan Melaka

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : Satu (1)
Jadual Gaji (Min - Maks) : RM1,500.00 - RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Tarikh tutup permohonan 10 Jun 2026 (Rabu).
Lokasi penempatan : Melaka.
Sektor : Badan Berkanun

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan
iii. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat kepujian 4 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus ujian Lisan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Ringkasan Tugas

i. Menguruskan urusan pentadbiran, perkeranian, rekod jabatan dan fail pejabat.
ii. Memberikan khidmat sokongan di kaunter/pejabat mengikut arahan semasa.
iii. Menyediakan draf surat rasmi, memo, dan minit mesyuarat.
iv. Mengatur dan menyusun jadual kerja, mesyuarat, dan temu janji Ketua jabatan (setiausaha pejabat- sekiranya perlu)
v. Mahir mengendalikan komputer (MS Office) dan sistem fail.

Cara Memohon

i. Pemohon hendaklah mengemukakan resume bergambar yang lengkap, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik/ kemahiran, dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan.

ii. Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar secara serahan tangan atau secara pos ke alamat seperti berikut:

Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
78000 Alor Gajah
Melaka
(u.p. : Bahagian Khidmat Pengurusan)


Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Jun 2026 (Rabu).

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawapan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iv. Permohonan yang akan DITOLAK seperti berikut:
a) Resume yang tidak lengkap;
b) Tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan; dan c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

Catatan Am

i. Keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka, mempunyai pengalaman dalam pentadbiran pejabat, aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan dan kemasyarakatan, berpenampilan kemas, serta memiliki tahap kemahiran komunikasi yang tinggi.
ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
iii. Calon yang disenarai pendek dikehendaki menduduki ujian kecekapan menaip serta kemahiran Microsoft Office (Word, Excel, dan Power Point) sebelum sesi temuduga dijalankan.

Pautan

Muat turun iklan dan syarat lantikan disini