All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Semenanjung Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)

Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)

Jobs Overview

  • Taraf Sambilan
  • Gaji RM1,377.00 + Elaun
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup June 11, 2026
  • Lokasi penempatan Kelantan

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Sambilan di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) sebagaimana berikut.

1. Juruteknik Komputer Gred FT19
Taraf Jawatan : Sambilan
Jadual Gaji : RM1,377.00 + RM115.00 (ITKA) + RM200.00 (BSH)
(Gaji mengikut hari bekerja)

Tarikh tutup permohonan 11 Jun 2026 (Khamis).
Lokasi penempatan : MDPM Kelantan.
Sektor : Badan Berkanun

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
c. Mempunyai kelulusan berikut :
(i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang Sistem Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan, atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Sistem Maklumat atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Sistem Maklumat atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1. Kepada calon yang berminat sila hantar surat, resume, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil kelayakan (SPM/SVM/SKM) dan sijil berkaitan ke Pentadbiran Majlis Daerah Pasir Mas sebelum atau pada 11 JUN 2026.

Majlis Daerah Pasir Mas
Kompleks Apam Putra 
Bandar Baru Pasir Mas, Lubok Jong 
17000 Pasir Mas Kelantan.
(u/p : Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Pasir Mas)